3

Bertuah kah aku?

Share
Miss the old times guys!


Sedikit cerita karut;

Suatu petang yang lapang,

aku melepak dengan teman teman, borak kosong..
empat sekawan semuanya, termasuk aku lah.

Ketiga mereka sudah punya pasangan,
yang maseh sendiri? Mesti lah aku.

Soalan lazim mereka aku sudah lali sangat.

"Kau bila nak ada awek?"

Tapi kali ni sedikit lain, mungkin jemuh dengan soalan yang tak terjawab.

Dia pertama: "Kau nak tau? Perempuan sekarang pandang lelaki yang ada rupa & harta."

Aku: "So? (Ya, aku tau..)"

Dia kedua: "Kau tak hensem.."

Aku: "Ya, aku tau.. (dan aku tau dia hanya bergurau..)"

Dia ketiga: "Kau juga takde duit banyak."

Aku: "Ya, aku tau juga.. (dan aku tau dia juga hanya bergurau..)"

"Tapi kau orang mau tau?".

Mereka: Apa dia? (Serentak)

Aku: Aku tau gadis yang akan pandang aku nanti betul-betul bertuah.

Mereka: Kenapa?? Kau dah la tak hensem, duit pun cukup-cukup makan je..

Aku: Sebab tu la dia bertuah, dia tak pandang kedua itu, rupa & harta.

Mereka terdiam, cuba beralih topik & aku dengan selamber meneguk baki nescafe ais, sambil sendiri terfikir,

"Bila giliran aku untuk bertuah?"






3 comments:

gadis NOTA pelekat said...

satu hari nanti mesti ada yang bertuah tu.. semua orang akan bertuah =)

Anonymous said...

just wait....:)

cik nazirah rara said...

ini best ! :')

Post a Comment