0

Tanggungjawab & Wang.

Share
at Bukit Antarabangsa reservoir station.

Kerja..Wang..

Tiada kerja tiada wang..
Tanggapan umum di mata mereka..
Aku bersetuju!

Siapa yang menyangkal?
Namun ada beza..
Mereka, aku, dia..
Anak mata sama hitam, pandangan lain-lain..
Ah, mungkin ada yg bermata biru, hijau, kuning..
Itu pun kerana kanta lekap.

Doktor? Mesti hidup senang. Banglo tersergam indah!
Pilot? Mesti hidup mewah. Kereta 10 buah!
Cikgu? Mesti tak payah runsing runsing fikir nak cari duit.

Itu dari iris mereka.
Aku?
Engineer cabuk.
Ah, cabuk la sangat. Muda-muda dah hidup senang.
Itu pandangan mereka..
Pandangan aku?
Aku pilih tanggungjawab..
Aku menggenggam yang tersirat berbanding yang tersurat..
Fikiran yang kusut, minda yang penat!
Badan makin menyusut, aku perlu rehat.

Kerja aku, aku tanggung, aku jawab.
Tidak lebih, tidak kurang.


Dalam keadaan yang tidak bersemangat untuk esok pagi.

0 comments:

Post a Comment