0

Dear Senior

Share
At Jln. Dang Wangi Siren Station, yes, that's him.

Dear senior,

Sudah lama persoalan ini aku pendam..
Agak lama ia berputar ligat dalam minda..
Kerana nekad, aku tahan..
Kerana khidmat, aku telan..

Dear senior,

10 bulan di belakang aku kira..
Niat asal masih cekal aku pohon, 2 bulan di hadapan..
Satu demi satu, sinar terang datang menjenguk,
tapi aku gelapkan mata..
terpejam rapat!
Aku tak mau pandang, ya, jeling itu ada.
Situasi yang tak mungkin kau selalu temui.

Dear senior,

Mampukah kau pikul segala kekusutan aku?
Mampukah kau huraikan segala yang tersimpul?
Mampukah kau bersendiri lagi?
Mampukah kau tahan segala beban tanpa aku?

Dear senior,

Tahukah, kau salah satu sebab aku maseh di sini?
Berdiri teguh, hingga minda melebihi fizikal?
Tahukah, yang aku berkaki?
Aku tak dapat menghalang kiranya ia ingin melangkah..

Dear senior,

Sampai masa, aku akan zahirkan segalanya..
Sampai masa, aku akan sambut apa yang aku ingin..
Sampai masa, aku ingin kau mengiringiku ke muka pintu,
dengan senyuman berlambai, tak lupa ucapan,

"Good luck mate!"


Tapi aku tak sanggup kau terbeban sendiri..

0 comments:

Post a Comment