0

Enegative.

Share
Sudah hampir setahun aku di sini, mungkin perlu cari suasana yang lebih baek nanti.

Hari ini aku kerja, separuh hari..
Pagi pagi sudah bengang, separuh hati..

Kau apa hal ni kawan?

Oh, cukup jelas lagak kau..lagak yang tak layak.
Eh, bukan aku seorang, rakyat jelata pun cukup muak.

Kau berlagak? Aku tak kesah..
Hak manusia, jenisan kau..

Diri aku kau perendah, ya, kau orang lama,tapi bukan orang tua, itu aku tau.
(Tapi kau siapa? Aku lebih hebat, itu nyata.)

"Kau ingat kau cerdik sangat?!" Nada cis yang kau hambur pada aku.

Ah, bengang nya aku.

Aku pekakkan telinga, seolah ada headphone kiri kanan.

Aku lilaukan bola mata, macam usha gadis chantek baju bunga bunga kecil.

Aku ketapkan gigi rapat rapat, seolah memamah daging separa masak yang tak lumat.

AKU sedut nafas dalam dalam, ah bukan nikotin.

Aku genggam lima jari sendiri erat erat, lima saja, maseh tak berbalas lima jadi sepuluh, tiada yang sudi..lagi.

Aku berlalu, dan teruskan rutin biasa, dengan biasa.

Mahu saja aku tinggalkan nota pedas,

"Bila bila, belajar kat puncak gunung macam aku, jangan belajar dalam lopak, baru lah boleh gapai awan macam aku."

Aku tak mahu berbalas jua, kalau tak, apa beza kau & aku,kan?
(Ah, tapi tetap ada beza, poket aku lebih tebal.)

Dah, aku berjaya untuk..sabar.

(Jangan kau cuba dengan orang lain ya? Silap hari atau bulan, rosak badan kau.)

Dah, aku paham. Bila ada hati tak puas, itu tandanya aku makin..berjaya.



p/s: setiap detik aku jaga tutur bicara aku, peri laku aku supaya aku tak nampak lagak di mata siapa siapa, walaupun aku ada sedikit lebihan untuk lagak. Simpan saja lagak, semua insan sama saja.

0 comments:

Post a Comment