3

Bertuah kah aku?

Share
Miss the old times guys!


Sedikit cerita karut;

Suatu petang yang lapang,

aku melepak dengan teman teman, borak kosong..
empat sekawan semuanya, termasuk aku lah.

Ketiga mereka sudah punya pasangan,
yang maseh sendiri? Mesti lah aku.

Soalan lazim mereka aku sudah lali sangat.

"Kau bila nak ada awek?"

Tapi kali ni sedikit lain, mungkin jemuh dengan soalan yang tak terjawab.

Dia pertama: "Kau nak tau? Perempuan sekarang pandang lelaki yang ada rupa & harta."

Aku: "So? (Ya, aku tau..)"

Dia kedua: "Kau tak hensem.."

Aku: "Ya, aku tau.. (dan aku tau dia hanya bergurau..)"

Dia ketiga: "Kau juga takde duit banyak."

Aku: "Ya, aku tau juga.. (dan aku tau dia juga hanya bergurau..)"

"Tapi kau orang mau tau?".

Mereka: Apa dia? (Serentak)

Aku: Aku tau gadis yang akan pandang aku nanti betul-betul bertuah.

Mereka: Kenapa?? Kau dah la tak hensem, duit pun cukup-cukup makan je..

Aku: Sebab tu la dia bertuah, dia tak pandang kedua itu, rupa & harta.

Mereka terdiam, cuba beralih topik & aku dengan selamber meneguk baki nescafe ais, sambil sendiri terfikir,

"Bila giliran aku untuk bertuah?"






2

Gurauan telco

Share

Malam, seperti biasa..
Duduk terpaku, kaku..

Sunyi...

Sepi...

Dan deringan mobile phone itu melayangkan lamunan..
Terhenti, seolah sedar dari mimpi..

Warkah darinya..

Ditatap...

Dibuka...

Direnung...

Aku,

Gembira...

Keliru...

Berdebar...

Rasa yang pernah terpalit..

Tapi yang nyata tetap nyata..
Tiada sebab ia berubah dalam kerdipan kelopak mata..

Warkah yang berusia tepat 120 hari dulu..
Seolah-olah dibungkus, dikirim semula, semata mengusik jiwa.

Cis, aku dipermaenkan kau..

telco.




Sekurangnya aku bahagia untuk beberapa detik jarum.
0

Dear Senior

Share
At Jln. Dang Wangi Siren Station, yes, that's him.

Dear senior,

Sudah lama persoalan ini aku pendam..
Agak lama ia berputar ligat dalam minda..
Kerana nekad, aku tahan..
Kerana khidmat, aku telan..

Dear senior,

10 bulan di belakang aku kira..
Niat asal masih cekal aku pohon, 2 bulan di hadapan..
Satu demi satu, sinar terang datang menjenguk,
tapi aku gelapkan mata..
terpejam rapat!
Aku tak mau pandang, ya, jeling itu ada.
Situasi yang tak mungkin kau selalu temui.

Dear senior,

Mampukah kau pikul segala kekusutan aku?
Mampukah kau huraikan segala yang tersimpul?
Mampukah kau bersendiri lagi?
Mampukah kau tahan segala beban tanpa aku?

Dear senior,

Tahukah, kau salah satu sebab aku maseh di sini?
Berdiri teguh, hingga minda melebihi fizikal?
Tahukah, yang aku berkaki?
Aku tak dapat menghalang kiranya ia ingin melangkah..

Dear senior,

Sampai masa, aku akan zahirkan segalanya..
Sampai masa, aku akan sambut apa yang aku ingin..
Sampai masa, aku ingin kau mengiringiku ke muka pintu,
dengan senyuman berlambai, tak lupa ucapan,

"Good luck mate!"


Tapi aku tak sanggup kau terbeban sendiri..

0

Memori

Share
Indah..

Memang indah, cahaya jingga yg membelakangi jendela..
Cahaya berprinsip yang menembusi selembar penapis usang,
dan mengisi segenap ruang redup ini..

Selesa..

Seolah-olah jam melawan rutin..
Membawa aku ke suatu detik yang ada..memori.
dan tak akan ada lagi..
yang ada hanya aku, dan cahaya jingga.
serta memori yng terkenang.



oi! pegi mandi la!
0

Tanggungjawab & Wang.

Share
at Bukit Antarabangsa reservoir station.

Kerja..Wang..

Tiada kerja tiada wang..
Tanggapan umum di mata mereka..
Aku bersetuju!

Siapa yang menyangkal?
Namun ada beza..
Mereka, aku, dia..
Anak mata sama hitam, pandangan lain-lain..
Ah, mungkin ada yg bermata biru, hijau, kuning..
Itu pun kerana kanta lekap.

Doktor? Mesti hidup senang. Banglo tersergam indah!
Pilot? Mesti hidup mewah. Kereta 10 buah!
Cikgu? Mesti tak payah runsing runsing fikir nak cari duit.

Itu dari iris mereka.
Aku?
Engineer cabuk.
Ah, cabuk la sangat. Muda-muda dah hidup senang.
Itu pandangan mereka..
Pandangan aku?
Aku pilih tanggungjawab..
Aku menggenggam yang tersirat berbanding yang tersurat..
Fikiran yang kusut, minda yang penat!
Badan makin menyusut, aku perlu rehat.

Kerja aku, aku tanggung, aku jawab.
Tidak lebih, tidak kurang.


Dalam keadaan yang tidak bersemangat untuk esok pagi.
0

Menanti lena

Share
Jarum jam berdetik..
1.10 a.m.
dan mataku maseh berkelip..

Bilah angin di siling berputar perlahan..
Cukup saja dingin malam yg mengigit kulit..

helai demi helai..
catatan itu aku belek..
Mata aku tajam merenung, huruf, satu per satu..
Tapi mindaku hanyut, buntu..

Esok, maseh sama seperti semalam, hari hari sebelumnya..
Seolah olah hari aku di copy paste..
Bosan, namun aku cekal..
Bosan, tapi aku kekal..
1

Aku & 'Aku'. Terima kaseh teman!

Share


Aku gembira kenal kamu..
Aku gembira ada kamu teman..
Aku gembira kerana kau adalah 'aku' dan aku adalah 'kau'

Tapi..

Kenapa mesti ada sempadan dlm perkenalan kita?
Ingin sekali aku lepasi benteng itu..
Lepasi sehingga aku & 'aku' seolah-olah aku berdiri di hadapan cermin..
Pantulan itu adalah aku, dan aku adalah 'aku'.

Aku gembira..

Walau aku tau.. aku di sini & kau di sana..
Terima kaseh teman..
Adanya kau, seolah-olah aku dapat bersama diri sendiri.. diri yang aku impikan.. tp, mungkin akhirnya hanya tinggal mimpi. :)