Showing posts with label mello says. Show all posts
Showing posts with label mello says. Show all posts
2

Mungkin..

Share
Mungkin...

Hadirmu mengisi kekosonganku..
Hadir ku mengisi kekosonganmu..

Rasa ceria ini kau wujudkan dari setiap tutur bicaramu..
setiap senyum yang kau ukirkan..
terasa seolah-olah diri ini dihargai..
terasa seolah-olah diri ini diperlukan..

Mungkin...

Rasa ceriamu terdetik oleh setiap celotehku..
setiap kali tawaku terhela..
terasa seolah-olah ada sesuatu diantara kita..
terasa seolah-olah ada ikatan misteri yang terjalin..

Mungkin...

Kau hanya perlukan teman penawar luka..
untuk kesah lalu..

Mungkin...

Kau hanya perlu teman dikala sunyi mu..
Bila saat kau tiada berteman lagi..
tapi bicara mu menceriakan ku..
seolah ada harapan untuk ku..

Mungkin...

Rasa ini hanya rasaku..
dan tiada padamu untukku..
Seharus aku sedar, siapa aku di dalam kotak merahmu..
dan seharusnya, aku telah bersedia seawalnya untuk terjatuh sakit..
Kerana sememangnya, begini ceritaku..

Mungkin.... :(

----<{@

0

pagi yang indah ♡

Share
Pagi..

Suasana sunggu sepi tika ini..
Hanya sesekali kedengaran kicau burung..
Seolah-olah bertegur sapa dengan kokokan si ayam..
Sungguh indah..damai..

Pagi..

Dinginnya masih membelai jiwa..
Embunnya masih membasahi dedaun..
Angin bertiup lembut menghembus potretku..
Segar ku rasa saat nafas ku hela..

Selamat pagi!
0

Maafkanku...

Share
Sayang..

Maafkan diriku..
Kerana sikapku hatimu terluka..
Hingga tertitisnya airmata mu di malam yang dingin..

Bukan ku sengaja..
Mungkin hanya perasaanku sedikit terasa oleh abaimu..
Mungkin kita berdua tiada apa-apa yang istimewa..
Tapi jangan kau lupa, ada kasih di sini untuk mu temanku..
1

usah hampiriku..

Share

Wahai...

Kau impian setiap insan..
Ada yang mencarimu & ada yang menantimu..
Adakalanya kehadiran mu tanpa si sedari..
Berlabuhnya kau tanpa dipinta..

Wahai...

Kau pernah hadir dalam hidupku..
Sungguh indah!
Kau ku genggam sebaiknya..
Kerna kau bukan mainan bagiku..
Bagiku, kau anugerah Allah yg mesti dijaga sebaiknya..

Wahai...

Salah siapa?
Kau datang tanpa ku pinta..
Kau pergi tanpa ku rela..
Tapi apa dayaku?
Seharusnya ku redha..

Wahai...

Masa berlalu..
Kau meronta untuk mengetuk pintu hatiku..
Tapi apakan dayaku?
Kotak merah ini masih tertutup rapat untukmu..
Kerana diri mu bukanlah dambaan ku untuk hidup ini..

Wahai...

Usah hadir lagi di sini..
Ini bukan masanya untuk kau dampingiku..
Biarkan ku sendiri..
Tiba masanya akan ku jejak bayangmu..

Wahai...cinta..

Biarkan masa berlabuh..
Pasti kau akan mekar lagi di hati ini..

seikhlasnya,
mello.
0

Harapan & Kecewa

Share
"Rasa kecewa itu terhasil hanya bila wujudnya harapan.."

Tidak semua benda yang kita harapkan akan tercapai..ada yang gagal diperolehi & setiap kali itu lah rasa kecewa itu akan wujud..

-mello
0

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul

Share
"seseorang takkan mengerti kesusahan orang lain melainkan dia sendiri berada di tempat orang tersebut.."


-mello

3

Ada apa dengan mello says?

Share
Hari ini tanggal 18 Ogos 2010, blog mello says (http://melloncholic.blogspot.com/) dengan rasminya dilancarkan. Blog ini adalah projek sampingan mello, admin kepada blog induk iaitu mello's (http://www.mushmello.com/).

Apakah mello says?

Maknanya kata-kata yang ingin disampaikan mello. Apa yang akan di isi & terkandung di dalam blog ini adalah berkenaan kata-kata hikmah,quote,puisi,sajak,tafsir Al-Quran, maksud hadis, lirik, kata-kata pujangga dan lain-lain kata-kata yang mungkin berguna dalam kehidupan seharian.

Artikel/karya/penulisan yang akan di isi di dalam blog ini akan diambil & dirujuk dari pelbagai sumber termasuk jugak kata-kata yang ingin diluahkan daripada admin sendiri.Kandungan artikel/karya/penulisan ini mungkin sedikit ringkas, tidak seperti blog mello's.

Oleh itu, admin berharap para pembaca semua akan sentiasa dapat meluangkan masa di sini kerana blog ini mungkin akan di update dengan kerap setiap hari.

Terima kasih.