1
Tinggal satu malam,
dan esoknya tiba tahun baru..
Bulan satu yang segirangnya aku tunggu;
ada 5 detik yg ingin aku sambut--
yang hadir dalam hidup aku.
.
.
.
.
yang pertama itu akan baru lahir, namun sebenarnya ia yang terakhir hadir
keesokkan hari; yang ke-2 itu 29 tahun, dan ia yang ke-2 hadir
keesokkan hari; yang ke-3 itu 1 tahun, dan ia yang ke-4 hadir
6 hari kemudian; yang ke-4 itu 2 tahun, dan ia yang ke-3 hadir, adanya-- ada yang ke-3
2 hari kemudian; yang ke-5 itu 52 tahun, dan ia yang pertama hadir, tanpanya-- tiada aku.
<3
0
0
0
0
1
0
0
0
0
0
0
Kau menginginkan sebiji buah,
ranum, manis, yang bisa buat kau asyik, tersenyum.
Bahagia, mungkin?
Dan kau ketemu dengan sebuah pohon rendang, lebat buahnya.
Itu! Apa yang kau inginkan ada di depan mata.
Tapi..
Kenapa akar pohon itu yang kau curious?
Akar yang bersembunyi di sebalik tanah yang berlumpur,
ya, kotor, tanah itu kau cakar, kau korek..
Tgk lah jari.Pedih bukan? Luka, pedih dan kotor dek tanah berlumpur.
Memang, asal pohon itu dari sebiji benih, bercambah, berakar berselirat, tapi, pandanglah apa yang kau temui saat itu, saat ini. Itu yang kau idamkan bukan?
Sudah, biarkan akar itu terus kekal berselimutkan tanah berlumpur, berkelambukan rumput hijau.. dan,
.
.
.
.
.
.
.
Petiklah, ia manis.
0
2
0
0
0
0
0
1
5 detik yang satu
Share Ⓒmello says, life, loveTinggal satu malam,
dan esoknya tiba tahun baru..
Bulan satu yang segirangnya aku tunggu;
ada 5 detik yg ingin aku sambut--
yang hadir dalam hidup aku.
.
.
.
.
yang pertama itu akan baru lahir, namun sebenarnya ia yang terakhir hadir
keesokkan hari; yang ke-2 itu 29 tahun, dan ia yang ke-2 hadir
keesokkan hari; yang ke-3 itu 1 tahun, dan ia yang ke-4 hadir
6 hari kemudian; yang ke-4 itu 2 tahun, dan ia yang ke-3 hadir, adanya-- ada yang ke-3
2 hari kemudian; yang ke-5 itu 52 tahun, dan ia yang pertama hadir, tanpanya-- tiada aku.
<3
Sarkastik
Share Ⓒmello says, keperibadian, life
Kadang - kadang aku pelik,
selebihnya boleh jadi jelik--
dengan kelompok homo sapiens berhalkum;
ya macam aku.
Mereka kata mereka pencinta si juwita--
Aku kurang faham.
Kerana aku lihat tak kurang banyak,
kaum - kaum yang 1 akal ini rebah tersungkur.
Apa kamu ingat si gadis ini ikan?
Di pancing - pancing terpaut di kail;
luka berdarah--
di lontar pulang, tenggelam di dasar.
Dan apa kamu tanggap, hati si gadis cuma helaian kertas,
yang muda kamu carik carik kan--
di keronyok, di lunyai;
dan kamu mengilai saat si gadis terperosok monyok?
Aku geram.
Barangkali si gadis bagi mereka;
terdapat di mana - mana.
Mudah di pancing,
Mudah di genggam,
Mudah di luka,
Mudah dipermain.
Hey,
Pernah kamu berterima kaseh kepada yg setia di sisi?
Pernah kamu paling kurang terfikir yang cerita kamu & si gadis
berakhir dengan cincin tersarung di jari?
Hargai mereka,
kerana tak semua dari kamu seperti kamu.
Ada yang rasa terbeku lama, tak bisa meluah rasa seperi kamu.
Ada yang mati mati pertaruh hidup, untuk sesuatu yg jauh lebih hebat dari cerita dongeng kamu,
namun tak pernah punya peluang untuk itu.
Tolong, hargai.
atau tolong,
.
.
.
.
jauhi.

Kekal
Share Ⓒmello says, life
Photo credit to: R
Kau terlongong longong di situ,
terlolong lolong berjanji rayu;
"oh pohon, aku mohon,
gugur kan lah aku, buah buahan yang ranum..
akur janji, balasnya ku siram kamu,
ku baja tanpa jemu.."
.
.
.
.
entahkan tongong,
bajai dahulu,
siram lah selalu,
jagai lah di kalbu;
untung untung ada lah hasil untuk kamu-- (igaukan saja)
bukannya janji palsu.
Nyah, ini bukan wilayah untuk kau tamu.

For sure, dear.
Share Ⓒmello says, life, love
[05 April 2013, 10.32 p.m.]
Untuk setiap ungkap kata yang terkelukan,
Untuk setiap kisah yang tak tersampaikan,
Untuk satu hasrat yang terbeku;
aku jilidkan di dalam satu niat yg terpasak kukuh--
indah setiap helai nya..
dan biarkan muka terakhirnya bertanda soal,
menunggu untuk di coret, sebagai permulaan atau..
.
.
.
.
Aku tunggu. >^_^<

Soalnya, tepat.
Share Ⓒmello says, days, life
Di luar, titis rintik si hujan gugur;
renyai, damai.
Timpanya tepat, tika mata 'kan lelap;
aman, nyaman.
Sepertinya sang aku ini;
usah dipersoal, usah ditanya. Aku jua terpinga - pinga;
Untuk sesuatu yg di luar garisan kotak minda.
Nanti,nanti, hadirnya jua 'kan pasti.
Tiadalah cepat, tiada jua lambat. Hadirnya tepat;
Seperti si hujan gugur..
.
.
tika mata 'kan lelap.

Bekalan
Share Ⓒmello says, keperibadian, life
Ada suatu peri, berbisik dalam hati--
Mahu tunggu rambut hitam 'kan puteh jadinya penyeri,
Baru mahu ku dalami;
Belum tentu 'kan ku sempat lewati.
Mahu nanti lapisnya kulit dek kedut sendiri,
Baru mahu ku hayati;
Entahkan lahad dulu yang 'kan aku huni.

Baju Display #2
Share Ⓒmello says, keperibadian, life
Kesinambungan dari baju display #1
"Err, maaf dik. Baju ni dah out of stock. Yang ada stok cuma kaler pink. adik mau?" katanya dengan kening kanan terkinja - kinja macam budak 5 tahun setengah tengah pujuk mak belikan iphone 5.
"Hmmm..takpe la kalau macam tu kak, saya ambil baju display ni je la. Memang dah berkenan sangat dengan kaler merah ni"
Akak itu tersenyum sinis.
"Eh, tadi adik cakap nak baju baru kan? tak nak yang display punya. Baju display ni kan dah ramai orang pegang, belek luar dalam. Dah kotor. Adik jugak yang cakap tadi kannnn.." katanya dengan nada yang mungkin menganjing.
"Em, akak ada tak plastik bungkusan untuk baju DISPLAY ni? Boleh bagi saya?"
"Ok, nah. Nak buat apa?" Plastik jernih itu dihulurkannya.
"Nak bungkus baju ni la kak. Ok, siap! Akak tengok, baju display ni ada beza tak dengan baju baru? Lipatan kemas, sama. Ada tag. Sama kan?"
"Tapi baju ni dah kotor. Tak sama dengan baju baru yang maseh berbungkus..kan??"
Dia hanya tersenyum mendengar kata - kata akak itu.
"Kak.. Nasib la baju ni jatuh ke tangan saya. Balik nanti, saya akan cuci baju ni dulu dengan sabun breeze, letak softlan banyak - banyak. Saya iron elok - elok. Entah - entah lagi wangi dari baju baru kat sini. Lagipun lepas ni takde siapa dah nak sentuh - sentuh baju ni, sebab saya sorang je yang pakai nanti. Ok la kak, saya beli baju ni.. Terima kaseh."
=)

Paling Dekat
Share Ⓒmello says, life
Aku percaya kita punya harapan.impian.idaman.
yang tinggi menggunung, mungkin lebih tinggi,
impian yang tinggi melangit.
Pandangan ghairah ke atas, ingin saja langit biru kita redah untuk semua itu,
biarpun saja langit itu jauh di atas,
hinggakan kita terlupa sesuatu yang jauh lebih dekat.
di bawah telapak kaki;
tempat kita berpijak;
Tanah.
Tempat kita kembali.
Sesekali, pandanglah ke bawah.

Jantan
Share Ⓒmello says, keperibadian, lifeBiar Kolot
Share Ⓒmello says, keperibadian, life
Wanita hari ini, kata mereka,
mereka mahu setanding dengan kaum adam.
Kerjaya mau sama level.
Pemikiran mau sama level.
Gaya hidup mau sama level.
Bagus, tapi (sesetengah) mereka lupa satu perkara, yang tak boleh nak dibanding sangat dengan kaum bermisai ini. (untuk sesetengah perkara, mungkin?)
Bagi aku,
wanita ibarat susu puteh, di dalam satu mangkuk puteh. Bersih.
Secebis habuk, sudah jelas kotornya.
Dan jika mereka nilaikan ayat ini hanya melalui 2 biji bebola mata,
pasti aku dicemuh.
Dan jika renungi dengan akal, dan nilaikannya melalui hati,
Pasti mereka paham, yang betapa berharganya diri mereka.
Berharga, maknanya.. mesti dijaga baek - baek.
Dan juga,
Pasti mereka paham yang maseh ada,
lelaki kolot macam aku.

Patuh
Share Ⓒmello says, life
Lampu,cat & kamera memang hebat.
Ah, lampu merah! Berhenti. Fuhh! Nasib baek sempat brek.
Hijau, jalan.
Alamak, kereta depan pula perlahan. Nak potong garis puteh double line tak putus putus pula.
Tunggu kau, tunggu.
Nah! 100km/j. Sedap makan asap?
Jauh terpampang signboard kamera maen sorok sorok.
Jarum meter turun, 60km/j.
Bagus, patuh. [takut?]
Tapi...
Hukum-Nya?

yesTODAY
Share Ⓒmello says, keperibadian, life, loveKau menginginkan sebiji buah,
ranum, manis, yang bisa buat kau asyik, tersenyum.
Bahagia, mungkin?
Dan kau ketemu dengan sebuah pohon rendang, lebat buahnya.
Itu! Apa yang kau inginkan ada di depan mata.
Tapi..
Kenapa akar pohon itu yang kau curious?
Akar yang bersembunyi di sebalik tanah yang berlumpur,
ya, kotor, tanah itu kau cakar, kau korek..
Tgk lah jari.Pedih bukan? Luka, pedih dan kotor dek tanah berlumpur.
Memang, asal pohon itu dari sebiji benih, bercambah, berakar berselirat, tapi, pandanglah apa yang kau temui saat itu, saat ini. Itu yang kau idamkan bukan?
Sudah, biarkan akar itu terus kekal berselimutkan tanah berlumpur, berkelambukan rumput hijau.. dan,
.
.
.
.
.
.
.
Petiklah, ia manis.
Baju Display #1
Share Ⓒmello says, keperibadian, life
Baju kemeja western bercorak petak petak kaler merah yg tergantung itu betol betol menarik perhatiannya,
dipandang tajam.
di belek, luar dalam.
"kak! Boleh saya cuba baju ni?"
"Boleh, fitting room kat sebelah sana".
6 minit 30 saat kemudian, dia keluar dgn kemeja itu yg maseh melekat di badan. Tersengih - sengih.
"Kak, sy nak baju ni."
"Ok, adek bayar kt depan sana ye?"
"Err, takde stok yg lain ke kak?"
"Rasanya macam ada.. tp, Kenapa dik? Sama je kan? Saiz sama, corak sama, kaler sama..dah sesuai yg tu"
"Ya saya tau kak, tapi ni baju display je kan? Dah ramai orang pandang, belek luar belek dalam, dan dah tentu ramai yang dah cuba. Saya nak yang baru, yg maseh berbungkus. Yang maseh bersih.. saiz S tau!"
"Yela, tunggu kejap ye dik.." akak tu berlalu dengan sedikit kening yg berkerut. Entah apa yang difikirkannya.

Miss-terious
Share Ⓒmello says
Ketika mereka sedang hanyut melayani dunia sandiwara, bait bait indah sebagai umpan untuk hunusan tajam yg bakal merundumkan ceria si mangsa aku kira, dan ia tak terkecuali untuk kedua gender.
dan jika itu semua realiti kasar di sebalik iris coklatku ini, di awangannya aku lihat mereka hanyut dihembus angin, ada yang melayang sepoi, ada yang melayang kencang, melentok lentok, dan cebisan kertas warna warni itu berkeliaran mengiringi, dan kelopak bunga di lantai bumi tidak bermaksud apa - apa.
disebalik keriuhan itu, aku berteleku di suatu sudut, merindui seseorang, ya, sudah agak lama. Seseorang yg pasti milikku, atau memiliki sesuatu milikku.
Ya Tuhan, lindungilah dia yang maseh misteri khas untukku, ku pohon bertentang hati dengannya di bawah kaseh-Mu, dengan kehadirannya yg lebih hebat dariku, atau paling kurang
tak tumpah seperti figura yg aku tatap di sebalik cermin hampir setiap pagiku.
ku sanggup tunggu, untuk satu senyuman yg infiniti.

Isolophobia
Share Ⓒmello says
Aku lihat dia datang, dan singgah mungkin untuk sesaat dua,
dan kemudian pergi.
Mungkin dia datang hanya untuk menunggu, atau mungkin seketika untuk berteduh.
Ya, aku tak ubah seperti bus stop. Bus stop yang usang, tapi maseh diperlukan kadang kala kan?
Ada tikanya aku ditelan rakus, mungkin itu lebih baek dari dimamah hancur. Aku di cari saat dia sakit, dan, pergi. Tak ubah seperti sebiji penadol actifast. Ya, aku tahu aku pahit. Tak best.
Kadang - kadang, aku rasa yang aku ni tak ubah macam mangkuk jamban. Dia datang saat dia gelisah. Aku ada untuk terima apa yang dia bagi, dia sembuh, aku telan saja semua yang dia bagi. Aku telan, dan aku pendam.
Aku dia cari, saat dia sedih, saat air mata dia jatuh & aku hanya tisu untuk hilangkan sedihnya, dan dibuang.
Namun, aku tetap aku.

Hapus..kan.please!
Share Ⓒmello says
Lihat,
kotak merah ku..
ia bergetar..dengan frekuensi beradrenalin kadang kala.
Lihat,
ia bertala..
Merempuh rasa tenang di sekeliling,
wujud gelombang - gelombang beradius yang makin bertambah..
makin jauh..
dan jauh..
kabur..
dan lenyap..

Kopi Gula & Soda Ais Krim
Share
Kau, aku, dia, kita, mereka, selalu dengar..
'Usah mencari yang sempurna.. jangan cari yang terlalu sempurna..'
Mereka, kita, dia, aku, kau, selalu dengar..
'Kecantikan seseorang itu bukan terletak pada rupa paras, juga bukan pada harta emas, tapi akhlak peribadi sifat insaniah..'
Jika dia, mereka, kau mencari si chantek?
Adakah kalian mencari yang sempurna? (Adakah chantek itu satu kesempurnaan?)
Jika kau, mereka, dia mencari si tampan?
Adakah kalian mencari yang sempurna? (Adakah tampan itu satu kesempurnaan?)
Jika kita mencari yang berakhlak?
Adakah kita mencari yang sempurna?
Kalau iya, SALAHkah ingini insan berakhlak?
Untuk menopang kisah hidup kita kelak?
Jangan lupa...yang kita juga selalu dengari,
'Tiada manusia yang sempurna..'
Jadi yang sedemi-sekian,
Mengapa perlu persoalkan keSEMPURNAan?
Kerana bagi aku..
Aku, menunggu seseorang untuk melengkapi apa yang aku kurang..
Seolah puzzle yang ke-sekian lama tidak lengkap..
Kerana bagi aku..
Aku, menanti seseorang yang melengkapi..
Seolah gula yang larut di dalam secawan kopi.. pahitnya kopi hilang dek manisnya gula.Tapi tetap rasa kopi.
Bukannya float; aiskrim terapung dek tujahan gas'nya soda.. kedua'nya sama sedap namun sering terkeliru.Rasa pelik apakah ini?
Tapi..mungkin tetap ada yang anggap aku,kau,dia,mereka,kita, cari si sempurna..
Jelas pada aku terang-terang,
apa itu sempurna?
Jika ada jawapannya, skroll up bebola mata mu ke atas semula.
Bintang
Share Ⓒmello says, days
Siang..terang; memang.
Aku ingat, siang,iris ini boleh nampak apa saja; bukan.
Pokok, langit, awan; memang.
Tapi..bukan bintang. (kerana itu yang aku idam)
Malam, yang tiada cahaya terang benderang,
aku dapat bertentang bintang.
Hanya malam; memang.
.....
dan aku menunggu setiap malam.
untuk bertemu bintang.
atau sekadar, sinarnya yang lepas berjam.
Migrain
Share Ⓒmello says, days
Berdenyut - denyut..aku tak tahan.
Kening kerut..malam bahang.
Plup!
Pembunuh sakit itu aku jatuhkan; tepat ke dalam segelas air suam.
Berbuih; seolah asid yang mencernakan plastik puteh.
Glup glup glup..ahhh~
Lega.
----------- kenapa tidak pejam saja mata?

Flow & Flower
Share Ⓒmello says
Ada sebuah taman,
Kelilingnya pagar tertutup yang tak bermangga, tak berkunci..
Di dalamnya, ada sekuntum bunga, layu tidak, mekar pun tidak..
Dan aku maseh tertanya, apakah cuacanya?
Aku datang,
duduk membatu, di luar pagar yang entah tegar, entah teguh..
Bunga itu tetap disitu, dan aku di sini..terbatas dek pagar.
Aku dongak, pagar ini mungkin tinggi.Tapi, aku ingin lompat.
Takpe, luka sikit saja.
Ah, pintunya tak berkunci atau belum lagi, aku ingin masuk..Tapi
bimbang dek pengawalnya yang bersenapang patah..atau senapang mainan yang mudah
aku tangkis.
Dan aku tunggu cuaca baek.
Cuacanya, cuacaku? Sentiasa redup & tenang untuknya.
"Hey bunga comel, lompat lah ke sini, sini! ke dalam kotak merahku. Aku tak mampu melewati pagar itu.Bukan kerana aku tak mampu, tapi...kau lebih tahu.kan?"
Dan aku, menunggu.
Hujan..
Aku kuyup. Takpe, sejok sikit saja. Paling terok demam selsema.

Subscribe to:
Posts (Atom)