1

5 detik yang satu

Share

Tinggal satu malam, 
dan esoknya tiba tahun baru..

Bulan satu yang segirangnya aku tunggu;
ada 5 detik yg ingin aku sambut--
yang hadir dalam hidup aku.
.
.
.
.
yang pertama itu akan baru lahir, namun sebenarnya ia yang terakhir hadir
keesokkan hari;  yang ke-2 itu 29 tahun, dan ia yang ke-2 hadir
keesokkan hari;  yang ke-3 itu 1 tahun, dan ia yang ke-4 hadir
6 hari kemudian; yang ke-4 itu 2 tahun, dan ia yang ke-3 hadir, adanya-- ada yang ke-3
2 hari kemudian; yang ke-5 itu 52 tahun, dan ia yang pertama hadir, tanpanya-- tiada aku. 

<3


0

Sarkastik

Share
Kadang - kadang aku pelik,
selebihnya boleh jadi jelik--

dengan kelompok homo sapiens berhalkum;
ya macam aku.

Mereka kata mereka pencinta si juwita--
Aku kurang faham.

Kerana aku lihat tak kurang banyak,
kaum - kaum yang 1 akal ini rebah tersungkur.

Apa kamu ingat si gadis ini ikan?
Di pancing - pancing terpaut di kail;
luka berdarah--
di lontar pulang, tenggelam di dasar.

Dan apa kamu tanggap, hati si gadis cuma helaian kertas,
yang muda kamu carik carik kan--
di keronyok, di lunyai;
dan kamu mengilai saat si gadis terperosok monyok?

Aku geram.

Barangkali si gadis bagi mereka;
terdapat di mana - mana.
Mudah di pancing,
Mudah di genggam,
Mudah di luka,
Mudah dipermain.

Hey,
Pernah kamu berterima kaseh kepada yg setia di sisi?
Pernah kamu paling kurang terfikir yang cerita kamu & si gadis
berakhir dengan cincin tersarung di jari?

Hargai mereka,
kerana tak semua dari kamu seperti kamu.
Ada yang rasa terbeku lama, tak bisa meluah rasa seperi kamu.
Ada yang mati mati pertaruh hidup, untuk sesuatu yg jauh lebih hebat dari cerita dongeng kamu,
namun tak pernah punya peluang untuk itu.

Tolong, hargai.
atau tolong,
.

.
.
.
jauhi.



0

Kekal

Share
Photo credit to: R

Kau terlongong longong di situ,
terlolong lolong berjanji rayu;

"oh pohon, aku mohon,
gugur kan lah aku, buah buahan yang ranum..
akur janji, balasnya ku siram kamu, 

ku baja tanpa jemu.."
.
.
.
.
entahkan tongong,

bajai dahulu,
siram lah selalu,
jagai lah di kalbu;

untung untung ada lah hasil untuk kamu-- (igaukan saja)

bukannya janji palsu.
Nyah, ini bukan wilayah untuk kau tamu.
0

For sure, dear.

Share
[05 April 2013, 10.32 p.m.]

Untuk setiap ungkap kata yang terkelukan,
Untuk setiap kisah yang tak tersampaikan,
Untuk satu hasrat yang terbeku;

aku jilidkan di dalam satu niat yg terpasak kukuh--
indah setiap helai nya..
dan biarkan muka terakhirnya bertanda soal,
menunggu untuk di coret, sebagai permulaan atau..
.
.
.
.
Aku tunggu.   >^_^<
0

Soalnya, tepat.

Share
Di luar, titis rintik si hujan gugur;
renyai, damai.
Timpanya tepat, tika mata 'kan lelap;
aman, nyaman.
Sepertinya sang aku ini;
usah dipersoal, usah ditanya. Aku jua terpinga - pinga;
Untuk sesuatu yg di luar garisan kotak minda.
Nanti,nanti, hadirnya jua 'kan pasti.
Tiadalah cepat, tiada jua lambat. Hadirnya tepat;
Seperti si hujan gugur..

.
.
tika mata 'kan lelap.
1

Bekalan

Share
Ada suatu peri, berbisik dalam hati--

Mahu tunggu rambut hitam 'kan puteh jadinya penyeri,
Baru mahu ku dalami;

Belum tentu 'kan ku sempat lewati.

Mahu nanti lapisnya kulit dek kedut sendiri, 
Baru mahu ku hayati;

Entahkan lahad dulu yang 'kan aku huni.
0

Baju Display #2

Share
Kesinambungan dari baju display #1

"Err, maaf dik. Baju ni dah out of stock. Yang ada stok cuma kaler pink. adik mau?" katanya dengan kening kanan terkinja - kinja macam budak 5 tahun setengah tengah pujuk mak belikan iphone 5.

"Hmmm..takpe la kalau macam tu kak, saya ambil baju display ni je la. Memang dah berkenan sangat dengan kaler merah ni"

Akak itu tersenyum sinis.

"Eh, tadi adik cakap nak baju baru kan? tak nak yang display punya. Baju display ni kan dah ramai orang pegang, belek luar dalam. Dah kotor. Adik jugak yang cakap tadi kannnn.." katanya dengan nada yang mungkin menganjing.

"Em, akak ada tak plastik bungkusan untuk baju DISPLAY ni? Boleh bagi saya?"

"Ok, nah. Nak buat apa?" Plastik jernih itu dihulurkannya.

"Nak bungkus baju ni la kak. Ok, siap! Akak tengok, baju display ni ada beza tak dengan baju baru? Lipatan kemas, sama. Ada tag. Sama kan?"

"Tapi baju ni dah kotor. Tak sama dengan baju baru yang maseh berbungkus..kan??"

Dia hanya tersenyum mendengar kata - kata akak itu.

"Kak.. Nasib la baju ni jatuh ke tangan saya. Balik nanti, saya akan cuci baju ni dulu dengan sabun breeze, letak softlan banyak - banyak. Saya iron elok - elok. Entah - entah lagi wangi dari baju baru kat sini. Lagipun lepas ni takde siapa dah nak sentuh - sentuh baju ni, sebab saya sorang je yang pakai nanti. Ok la kak, saya beli baju ni.. Terima kaseh."



=)