0

Dunia ini hipokrit

Share
Dunia ini penuh hipokrit..
Penuh dengan tipu daya..
Mulut berbicara manis..
Terus memperdaya kotak merah di lapisan bawah..
Untuk terus khayal di lautan kertas..
Yang mungkin didamba untuk syurga dunia..

Tujuan asal disini dilupakan..
Para pejuang kemakmuran terus dikekang..
Hatimu kacau..
Sampai bila begitu? Sampai bila begini?
Hakikatnya kau jelas..
Kepuraan engkau galas..
4

Cantik & Hodoh

Share
Cantik & Hodoh itu subjektif..
Cantik bagi mu mungkin hodoh bagiku..
Cantik bagi ku mungkin hodoh bagimu..
Cantik bagi mu mungkin cantik bagiku jua..
Tapi mungkin hodoh bagi mereka?
Definisi cantik & hodoh ini terlalu meluas & mendalam..
Siapa saja boleh jadi cantik, jadi hodoh..
Bergantung kepada kaca mata seseorang..
2

kita berpasangan kerana..

Share
"Kita dijadikan berpasangan bukan untuk mencari kesalahan sesama sendiri, tapi untuk membaiki kelemahan pada diri sendiri dan saling melengkapi antara satu sama lain. sememangnya manusia mempunyai kelemahan yang tersendiri.."



kredit to MrNamie
0

pagi yang indah ♡

Share
Pagi..

Suasana sunggu sepi tika ini..
Hanya sesekali kedengaran kicau burung..
Seolah-olah bertegur sapa dengan kokokan si ayam..
Sungguh indah..damai..

Pagi..

Dinginnya masih membelai jiwa..
Embunnya masih membasahi dedaun..
Angin bertiup lembut menghembus potretku..
Segar ku rasa saat nafas ku hela..

Selamat pagi!
0

Maafkanku...

Share
Sayang..

Maafkan diriku..
Kerana sikapku hatimu terluka..
Hingga tertitisnya airmata mu di malam yang dingin..

Bukan ku sengaja..
Mungkin hanya perasaanku sedikit terasa oleh abaimu..
Mungkin kita berdua tiada apa-apa yang istimewa..
Tapi jangan kau lupa, ada kasih di sini untuk mu temanku..