Wahai...
Kau impian setiap insan..
Ada yang mencarimu & ada yang menantimu..
Adakalanya kehadiran mu tanpa si sedari..
Berlabuhnya kau tanpa dipinta..
Wahai...
Kau pernah hadir dalam hidupku..
Sungguh indah!
Kau ku genggam sebaiknya..
Kerna kau bukan mainan bagiku..
Bagiku, kau anugerah Allah yg mesti dijaga sebaiknya..
Wahai...
Salah siapa?
Kau datang tanpa ku pinta..
Kau pergi tanpa ku rela..
Tapi apa dayaku?
Seharusnya ku redha..
Wahai...
Masa berlalu..
Kau meronta untuk mengetuk pintu hatiku..
Tapi apakan dayaku?
Kotak merah ini masih tertutup rapat untukmu..
Kerana diri mu bukanlah dambaan ku untuk hidup ini..
Wahai...
Usah hadir lagi di sini..
Ini bukan masanya untuk kau dampingiku..
Biarkan ku sendiri..
Tiba masanya akan ku jejak bayangmu..
Wahai...cinta..
Biarkan masa berlabuh..
Pasti kau akan mekar lagi di hati ini..
seikhlasnya,
mello.