1

Bekalan

Share
Ada suatu peri, berbisik dalam hati--

Mahu tunggu rambut hitam 'kan puteh jadinya penyeri,
Baru mahu ku dalami;

Belum tentu 'kan ku sempat lewati.

Mahu nanti lapisnya kulit dek kedut sendiri, 
Baru mahu ku hayati;

Entahkan lahad dulu yang 'kan aku huni.
0

Baju Display #2

Share
Kesinambungan dari baju display #1

"Err, maaf dik. Baju ni dah out of stock. Yang ada stok cuma kaler pink. adik mau?" katanya dengan kening kanan terkinja - kinja macam budak 5 tahun setengah tengah pujuk mak belikan iphone 5.

"Hmmm..takpe la kalau macam tu kak, saya ambil baju display ni je la. Memang dah berkenan sangat dengan kaler merah ni"

Akak itu tersenyum sinis.

"Eh, tadi adik cakap nak baju baru kan? tak nak yang display punya. Baju display ni kan dah ramai orang pegang, belek luar dalam. Dah kotor. Adik jugak yang cakap tadi kannnn.." katanya dengan nada yang mungkin menganjing.

"Em, akak ada tak plastik bungkusan untuk baju DISPLAY ni? Boleh bagi saya?"

"Ok, nah. Nak buat apa?" Plastik jernih itu dihulurkannya.

"Nak bungkus baju ni la kak. Ok, siap! Akak tengok, baju display ni ada beza tak dengan baju baru? Lipatan kemas, sama. Ada tag. Sama kan?"

"Tapi baju ni dah kotor. Tak sama dengan baju baru yang maseh berbungkus..kan??"

Dia hanya tersenyum mendengar kata - kata akak itu.

"Kak.. Nasib la baju ni jatuh ke tangan saya. Balik nanti, saya akan cuci baju ni dulu dengan sabun breeze, letak softlan banyak - banyak. Saya iron elok - elok. Entah - entah lagi wangi dari baju baru kat sini. Lagipun lepas ni takde siapa dah nak sentuh - sentuh baju ni, sebab saya sorang je yang pakai nanti. Ok la kak, saya beli baju ni.. Terima kaseh."



=)

0

Paling Dekat

Share
Aku percaya kita punya harapan.impian.idaman.

yang tinggi menggunung, mungkin lebih tinggi,
impian yang tinggi melangit.

Pandangan ghairah ke atas, ingin saja langit biru kita redah untuk semua itu,
biarpun saja langit itu jauh di atas,
hinggakan kita terlupa sesuatu yang jauh lebih dekat.

di bawah telapak kaki;

tempat kita berpijak;

Tanah.

Tempat kita kembali.

Sesekali, pandanglah ke bawah.
0

Jantan

Share
Kau rasa kau dah cukup jantan,
Punya awek keliling pinggang,
Borak bukan main lantang,
Sepak bola bukan main kencang.

Tapi kan..

Aku rasa kau belom cukup jantan.
Kalau sejadah 5 kali sehari
pun kau tak mampu bentang.
0

Biar Kolot

Share
Wanita hari ini, kata mereka,
mereka mahu setanding dengan kaum adam.

Kerjaya mau sama level.
Pemikiran mau sama level.
Gaya hidup mau sama level.

Bagus, tapi (sesetengah) mereka lupa satu perkara, yang tak boleh nak dibanding sangat dengan kaum bermisai ini. (untuk sesetengah perkara, mungkin?)

Bagi aku,
wanita ibarat susu puteh, di dalam satu mangkuk puteh. Bersih.

Secebis habuk, sudah jelas kotornya.

Dan jika mereka nilaikan ayat ini hanya melalui 2 biji bebola mata,
pasti aku dicemuh.

Dan jika renungi dengan akal, dan nilaikannya melalui hati,

Pasti mereka paham, yang betapa berharganya diri mereka.
Berharga, maknanya.. mesti dijaga baek - baek.

Dan juga,

Pasti mereka paham yang maseh ada,
lelaki kolot macam aku.